Kerajaan persekutuan Pemerintahan pusat

Sebuah pemerintahan persekutuan ialah pemerintahan yang sama atau pemerintahan kebangsaan bagi Persekutuan. Amerika Syarikat dianggap Persekutuan moden pertama. Selepas mengisytiharkan kemerdekaan daripada Britain, Amerika Syarikat menerima pakai perlembagaan pertama, Perkara-Perkara Pergabungan tahun 1781. Hal ini merupakan langkah pertama ke arah persekutuan dengan menubuhkan Kongres persekutuan. Walau bagaimanapun, kuasa Kongres adalah terhad ke atas kemampuannya untuk melaksanakan rombakan ekonomi, ketenteraan, dan badan kehakiman. Pada tahun 1787, satu Konvensyen Perlembagaan merangka Perlembagaan Amerika Syarikat semasa Konvensyen Philadelphia. Selepas ratifikasi Perlembagaan tersebut oleh sembilan negeri pada tahun 1788, Amerika Syarikat secara rasmi membentuk persekutuan, meletakkan Amerika Syarikat pada kedudukan yang unik yang mana pemerintahan pusat wujud melalui keizinan negeri-negeri individu, bukan sebaliknya.

Negara-negara lain turut menurut dalam penubuhan pemerintahan persekutuan: Switzerland (1848); Kanada (1867); Jerman (1871 dan sekali lagi 1949); Brazil (1891); Australia (1901); Austria (1920 dan sekali lagi 1945) dan India (1947 dan sekali lagi 1950).[2] Contoh termasuk: